News......
CUMA PENONTON PASIF
HARIAN METRO, April 25,

KUALA PUMPUR : Sikap pengguna jalan raya yang sanggup membahayakan diri untuk menjadi penonton sesuatu kemalangan tetapi keberatan memberikan bantuan boleh diubah, jika mereka dibekalkan dengan pelbagai pengetahuan asas menyelamat.

Pengerusi Persatuan Bomba Dan Penyelamat Sukarela Malaysia (PBPSM), K. Balasupramaniam, berkata mengikut kajian yang dijalankan persatuan ini, pengguna jalan raya masih mengambil sikap tunggu dan lihat sekiranya terserempak dengan nahas.

PRIHATIN.....antara pengguna jalanraya uang sanggup memberi bantuan kepada mangsa tanpa mengetahui ia hanya satu lakonan yang dirancang teliti.

"Pengguna jalan raya sanggup melintas jalan raya yang sibuk semata-mata untuk menyaksikan kemalangan serta mengetahui nasib tanpa berusaha untuk menyelamatkannya.

"Daripada kajian yang dibuat, pengguna jalan raya yang melalui lokasi lebih berminat menjadi penonton dan mengajukan soalan sama ada mangsa masih hidup atau mati," katanya.

Menurutnya, kejahilan mengenai pengetahuan asas menyelamat, takut dan dorongan menyebabkan masyarakat kurang terbabit memberi rawatan kepada mangsa kemalangan dan hanya menunggu pihak berkaitan datang.

Ada juga pengguna yang hanya tahu membuat andaian negatif seperti mengatakan mangsa sudaj mati tanpa memeriksa dengan teliti atau cuba membantu.

Persatuan itu membuat kajian dengan mengadakan aksi kemalangan yang dirancang dengan teliti tanpa pengetahuan orang awam dan pihak berkuasa, untuk  mendapatkan gambaran sikap pengguna jalan raya terhadap mangsa.

Ia adalah satu langkah berkesan untuk mendapatkan maklumat mengapa masyarakat kurang prihatin terhadap dan enggan membantu mangsa kemalangan serta menilai sejauh mana pengetahuan mereka memberi rawatan kecemasan.

PENONTON ....pengguna jalan raya sanggup mengambil risiko beada di tengah jalan untuk menyaksikan kemalangan tanpa memberi sebarang bantuan.

Balasupramaniam berkata, sudah tiba masanya setiap orang dibekalkan pengetahuan asas bantuan kecemasan bagi memudahkan mereka menangani sebarang kemungkinan ketika berada di jalan raya.

Sementara itu, dalam usaha melahirkan masyarakat prihatin yang kaya dengan pengetahuan asas menyelamat, PBPSM melancarkan program keselamatan jalanraya bertujuan membimbing pengguna jalan agar lebih prihatin terhadap mangsa kemalangan.

HARGAI.....anggota PBPSM (kanan) mengambil maklumat peribadi seorang pengguna jalan raya yang berusaha memberi bantuan kecemasan kepada mangsa.                     

Ia juga bertujuan mewujudkan golongan pendorong atau satu unit penggerakawam di jalan raya bagi membantu mengsa kemalangan yang boleh mengurangkan risiko kematian tanpa bergantung kepada pihak berkaitan.

Sehubungan itu, satu pameran keselamatan jalan raya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba Dan  Penyelamat akan diadakan di Plaza UE3, Cheras pada 1 dan 2 Mei ini.

Menurut Balasupramaniam, dalam pameran itu juga diadakan pendaftaran Program Keselamatan Jalan Raya secara percuma kepada orang ramai untuk menyertai aktiviti dianjurkan dalam program itu.

"Saya amat mengalukan orang ramai terutama golongan pelajar menyertai program ini yang bertujuan mendidik dan melatih pengguna jalan mengenai asas merawat mangsa nahas fi tempat kejadian," katanya.

 

 

Back to Main Page | Home Page


Copyright © MVFRA. All Rights Reserved.
Questions or comments?
Send email to