MVFRA VISION - To Be The Leading Volunteer  Fire & Rescue Association in The Region

 


Dapat Bantuan
 
 

PETALING JAYA: Mangsa kebakaran Kampung Baiduri di sini, mula mendapat bantuan masyarakat setempat dan badan sukarela yang bersimpati dengan nasib mereka yang kebanyakannya hanya tinggal sehelai sepinggang.

Mangsa terbabit yang ditempatkan di Dewan Serbaguna Jalan 227A di sini,  lega apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat, orang perseorangan dan pemilik restoran menghantar bantuan kepada mereka.

Semalam, lebih 20 orang anggota bomba sukarela Jalan San Peng, Kuala Lumpur menghulur bantuan pakaian, ubat nyamuk dan peralatan bayi bagi meringankan masalah mereka.

Pengerusi persatuan itu, K.Bala, berkata mereka lebih mementingkan kesihatan bayi dan kanak-kanak yang tidak mempunyai pakaian dan peralatan yang sempurna.

“ Kesihatan bayi dan kanak-kanak terancam kerana keadaan serba kekurangan itu,” katanya.

 

Back to Home Page | Main Page


Copyright © MVFRA. All Rights Reserved.
Questions or comments?
Send email to