Usaha MVFRA perkenal kad data kecemasan disokong
MINGGUAN MALAYSIA, AHAD 6 APRIL

PETALING JAYA 5 APRIL - Kerajaan menyokong penuh usaha Persatuan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (MVFRA) memperkenalkan kad data kecemasan bagi memudahkan para penyelamat mengetahui maklumat peribadi dan perubatan mangsa yang terlibat dalam sebarang kemalangan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Suleiman Mohamed berkata, kad tersebut akan menyediakan maklumat penting pemegangnya seperti jenis penyakit, jenis darah serta nombor telefon untuk dihubungi jika berlaku kemalangan ke atas pemegangnya.

"Ini langkah yang bagus dan kerajaan menyokong penuh usaha sedemikian demi kebaikan semua pihak," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran kad tersebut di sini hari ini.

Tambahnya, dalam kebanyakan kes yang berlaku sekarang, pasukan penyelamat hanya berpandukan kepada maklumat yang terdapat dalam kad pengenalan mangsa yang biasa tidak lagi boleh digunakan.

Justeru katanya, kad data kecemasan itu sesuai digunakan oleh semua pihak terutamanya kanak-kanak yang belum mempunyai sebarang tanda pengenalan.

Bagaimanapun katanya, kerajaan sendiri telah mengambil langkah yang sama dengan memuatkan maklumat kesihatan peribadi di dalam Mykad.

Menurut Pengerusi MVFRA, Kapten K. Balasupramaniam, pihaknya akan mengedarkan kad tersebut secara percuma pada setiap hari Sabtu dan Ahad di beberapa pusat membeli belah sekitar Lembah Klang.

Ujarnya, bagi mereka di luar Lembah Klang yang ingin mendapatkan kad tersebut boleh menghubungi MVFRA di talian telefon .

Sementara itu, Dr. Suleiman terut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati berhubung virus SARS yang sedang melanda rantau ini.

Wabak tersebut katanya mungkin dapat dielak sekiranya orang ramai mengikut segala arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Keseihatan termasuk mengelak daripada pergi ke negara-negara yang dilanda virus SARS.

 

Back to Main Page | Home Page


Copyright © MVFRA. All Rights Reserved.
Questions or comments?
Send email to