MVFRA VISION - To Be The Leading Volunteer  Fire & Rescue Association in The Region

 

Mangsa dapat bantuan
HARIAN METRO,

KUALA LUMPUR, Ahad – Sebanyak 57 ahli 10 keluarga mangsa kebakaran Taman Selera, Cheras,semalam menerima sumbangan pakaian,kasut, makanan dan barang keperluan harian daripada Pasukan Bomba Sukarela Jalan San Peng hari ini.

 Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Bomba Sukarela, K.Balasupramaniam kepada Pengerusi Penduduk dan Peniaga Taman Selera, Abdul Ghani Mohamamad, di Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Cheras, tempat penginapan sementara mangsa itu.

Abdul Ghani berkata, penduduk terbabit adalah peniaga makanan, kedai runcit, perabot dan motor tinggal sehelai sepinggang sewaktu kejadian itu berlaku dan kerugian kebakaran dianggarkan RM198 ribu.

Menurutnya, penduduk Taman Selera sebelum ini pernah memohon kawasan penempatan dan perniagaan yang baru dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) pada 16 Disember yang lalu.

“ Kami menerima surat jawapan yang menyatakan permohonan kami untuk mendapat tempat tinggal baru dipertimbangkan dan gerai baru sedang dibina.

 “ Kami berharap pihak DBKL dapat mempercepatkan pembinaan gerai baru dan rumah kami,” katanya.

Pengetua Sekolah Menengah Cheras, Abdul Samad Saberan, berkata pihaknya akan membantu empat pelajar, sekolah itu yang menjadi mangsa kebakaran Taman Selera.

Jabatan Kebajikan Masyarakat pula, menyediakan selimut, tikar dan makanan kepada mangsa.

 

Back to Home Page | Main Page


Copyright © MVFRA. All Rights Reserved.
Questions or comments?
Send email to