TRAUMA MANGSA MASIH MENEBAL
KOSMO,  8 January
 

KUALA LUMPUR - Ombak besar menggulung setinggi bangunan tiga tingkat sudah lama surut, namum bagi ramai mangsa tsunami di Banda Aceh, rasa takut memijak kawasan rendah masih menebal sehingga mendorong mereka kekal bersembunyi di tanah tinggi jauh di pedalaman.

Mereka masih tidak mahu turun dari kawasan berbukit yang terletak beberapa kilometer dari laut walaupun selepas terdengar berita pasukan bantuan termasuk dari Malaysia, tiba dengan makanan ubat-ubatan dan pakaian.

“ Kami tetap berusaha memasuki kawasan-kawasan kampung dan mencari mangsa-mangsa bencana kerana kita tahu mereka takut turun ke kawasan rendah”, kata R. Ramakrihsna, seorng sukarelwan Persatuan Bomba dan Penyelamat Sukerelawan Malaysia (MVFRA). 

TIGA anggota MVFRA mengedarkan makanan kepada kanak-kanak di Banda Aceh.

Dia dan lima rakan setugas pulang ke tanah air kelamarin selepas seminggu di Banda Aceh.

Mereka menggunakan Jalur Gemilang yang dikibarkan pada kenderaan sebagai tiket untuk bergerak bebas di kawasan kampung, dan penduduk menghormati kehadiran pasukan itu.

“ Wartawan asing sendiri turut menghormati kami apabila melihat Jalur Gemilang”.

“ Dengan Jalur Gemilang, kami mendapat kerjasama penuh penduduk kampung,” katanya

Walaupun mereka sudah menjangka berhadapan dengan pengalaman ngeri, tiada kata boleh mengambarkan betapa azabny  meneruskan hidup di wilayah yang teruk dilanda tsunami itu.

Bau mayat tidak dapat digambarkan dengan kata-kata sehingga mereka terpaksa memakai empat keping penutup hidung.

Apa yang menyayat hati ialah melihat mayat- mayat dalam keadaan berpelukan, tersangkut pada pokok manakala di satu tempat, mayat seorang ibu and anak perempuannya dalam keadaan bogel and berulat.

 

Back to Home Page


Copyright © MVFRA. All Rights Reserved.
Questions or comments?
Send email to