News......
Ramai Tak Perihatin
UTUSAN MELAYU, APRIL
CHERAS : Kebanyakan pengguna jalan raya masih enggan memberi bantuan kepada mangsa kemalangan walaupun mengetahui mangsa perlu segera mendapatkan rawatan.
Sikap tidak perihatin sesetengah masyarakat seumpama dikatakan menjadi punca mangsa jalan raya lewat menerima rawatan di hospital sehingga menyebabkan kecederaan teruk dan kematian.
Perkara ini didedahkan oleh Pengerusi Persatuan Bomba Dan Penyelamat Sukarela Malaysia, K. Balasupramaniam Krishnan dari beberapa kajian yang dilakukan oleh pihaknya.
Menurutnya, dalam dua kajian yang dilakukan, menunjukkan kebanyakan pengguna jalan raya yang melalui lokasi kemalangan, lebih berminat untuk menjadi "penonton" dan hanya mengajukan soalan sama ada mangsa masih hidup atau sebaliknya.
|
HANYA LAKONAN......'mangsa kemalangan' menunggu untuk dibantu oleh orang ramai dalam kajian Persautan Bomba Dan Penyelamat Sukarela Malaysia. |
"Selepas itu mereka akan meninggalkan lokasi kemalangan tanpa sebarang bantuan," katanya.
Menurut Bala, dalam kajian dua minggu lalu di Taman Bukit Anggerik di sini, seramai 78 pengguna jalan raya menghentikan kenderaan mereka di lokasi kejadian tetapi hanya 17 yang memberikan bantuan sama ada untuk memberi rawatan kecemasan, menghubungi hospital dan bomba atau bersetuju untuk menghantar mangsa je hospital menggunakan kenderaan mereka.
"Sementara itu, dalam kajian di Lebuh Raya berhampiran Bandar Tun Razak semalam, juga menunjukkan sikap tidak prihatin orang ramai, daripada 93 pengguna yang berhenti, hanya 17 yang menghulurkan bantuan," katanya.
Menurut Bala, alasan seperti sudah lambat ke tempat kerja, tidak tahu pertolongan cemas (CPR), terpaksa membuat laporan ke balai polis adalah alasan yang sering digunakan.
"Malah ada juga yang memberi alasan kenderaan mereka akan kotor jika memberi bantuan," katanya.
Sehubungan itu, persatuan akan menubuhkan Pasukan Penyelamat Bermotosikal yang memberi pertolongan cemas kepada mangsa kemalangan bermula Ogos ini.
"Program ini adalah formula terbaik bagi mengatasi masalah dan kami menjangksakan penunggang motorsikal dari Kuala Lumpur dan Selangor akan menyertainya menjelang akhir thaun ," katanya.
Menurutnya, Pasukan berkenaan akan diberi latihan mengenai pertolongan cemas, cara memadam api dan mengawal lalu lintas dalam masa sehari sebelum menerima kad ahli dan pelekat pengenalan yang akan ditampal di motosikal mereka.
"Penubuhan pasukan ini juga sebagai satu galakan untuk penunggang motosikal lebih berhati-hati ketika memandu kerana mereka adalah pengguna jalan raya berisiko tinggi berbanding pengguna kenderaan empat roda," katanya.
Back to Main Page | Home Page