NEWS......
HARIAN METRO, February 10
By Ahmad Nazri Mohamad

Dail 994 Saja Tak Cukup
Panik hadapi kecemansan boleh berlaku kepada sesiapa jika tiada persediaan

KUALA LUMPUR : Walaupun wujud talian kecemasan 994, masih ada orang ramai yang panik hingga tidak tahu siapa yang perlu dihubungi apabila menghadapi kes kecemasan.

Pengerusi Persatuan Bomba Dan Penyelamat Sukarela Malaysia Wilayah Persekutuan, K. Balasupramaniam, berkata masalah panik ketika berdepan dengan kes kecemasan itu berlaku kepada sesiapa sahaja jika tiada persediaan diambil.

PENERANGAN...Balasupramaniam menerangkan langkah menghadapi kes kecemasan kepada naak-naka penghuni Flet Sri Kelantan Sentul, semalam

Menurutnya, orang ramai sepatutnya bersedia untuk bertindak cepat dan betul apabila berlaku kecemasan seperti kebakaran supaya Jabatan Bomba dan Penyelamat dapat memberi bantuan segera.

"Kami maklum orang ramai talian 994 adalah untuk melaporkan kes kecemasan tetapi tanpa persediaan menghadapi kecemasan mereka mungkin panik dan tidak terlintas untuk berbuat demikian," katanya.

Dia berkata demikian ketika mengetuai 15 ahli persataun mengedarkan 500 riasalah Panduan Keselamatna Kebakaran di Rumah Pangsa di Flat Sri Kelantan, Sentul di sini, malam tadi.

Balasupramaniam berkata, pihaknya mengedarkan riasalah itu bertujuan memastikan orang ramai bersedia jika menghadapi kes kecemasan.

Katanya, risalah itu mula diedarkan di blok Flet Sri kelantan yang pernah mencatat tragedi menyayat hati apabila lima penghuninya yang terperangkap dalam rumah, rentung dalam kebakaran.

Kejadian pada 13 Januari lalu itu berlaku di sebuah rumah di Tingkat 15, Flet Sri Kelantan di mana orang ramai gagal menyelamatkan mangsa berikutan pintunya dimangga, diselak dan dikunci manakala tingkapnya dipasang jeriji.

Menurut Balasupramaniam, persatuan dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Kelab Lions Kuala Lumpur Barat dan syarikat Eversafe Extinguisher Sdn Bhd sudah mencetak 5,000 risalah itu untuk edaran di semua rumah pangsa Kuala Lumpur.

"Kami memerlukan lebih banyak sumbangan daripada syarikat swasta, korporat dan individu.

"Kami juga berharap dapat kerjasama sukarelawan, pertubuhan bukan kerajaan, Rukun Tetangga dan persatuan penduduk untuk tampil membantu kami mengedarkan risalah itu ke seluruh Lembah Klang menjelang Mei ini," katanya.

Menurutnya, jika mendapat sokongan dan sumbangan semua pihak, persatuan merancang untuk mengedarkan risalah itu ke seluruh negara menjelang Ogos ini.

Back to Home Page


Copyright © MVFRA. All Rights Reserved.
Questions or comments?
Send email to