MVFRA VISION - To Be The Leading Volunteer  Fire & Rescue Association in The Region

 

Penduduk wajar jaga pili bomba
UTUSAN MELAYU, JUNE 21,

KUALA LUMPUR, Ahad –Orang ramai, terutama penduduk yang berhampiran dengan kedudukan pili bomba diminta lebih bertanggungjawab supaya memeriksanya sekali dalam tempoh sebulan bagi menjamin kesempurnaan fungsinya.

Pengerusi Persatuan Bomba dan Penyelamat Sukarela , K.Balasupramaniam, berkata orang ramai tidak boleh menyalahkan bomba jika lambat memadamkan kebakaran sekiranya pili bomba tidak berfungsi dengan sempurna.

“ Sifat orang ramai yang membiarkan pili bomba yang ada di kawasan mereka tercemar dan kotor menimbulkan kesukaran apabila berlakunya kebakaran,” katanya selepas pelancaran teman pili bomba di seksyen 10, Wangsa Maju oleh Ketua Pemuda Umno Wangsa Maju, Ismail Mohammad.

 

Back to Home Page | Main Page


Copyright © MVFRA. All Rights Reserved.
Questions or comments?
Send email to