MVFRA VISION - To Be The Leading Volunteer  Fire & Rescue Association in The Region

 

Penduduk kena periksa pili bomba
HARIAN METRO, ISNIN, 21 JULAI

KUALA LUMPUR: Warga kota yang tinggal berhampiran kedudukan pili bomba disaran lebih bertanggungjawab supaya memeriksanya sebulan sekali bagi memastikan ia berfungsi.

Pengerusi, Persatuan Bomba dan Penyelamat Sukarela, K.Balasupramaniam, berkata kegagalan pili berfungsi tidak harus dipersalahkan kepada bomba khususnya apabila pihak berkuasa itu lambat memadam kebakaran kerana tugas berkenaan sering berhubung kait.

“ Jika bomba gagal ataupun lewat memadam api kerana pili berkenaan tidak berfungsi, orang ramai begitu mudah menunding jari kepada bomba.

“ Sebenarnya perkara itu tidak seharusnya berlaku jika penduduk prihatin dan mempunyai tanggungjawab membersihkan kotoran yang berlaku pada pili berkenaan,” katanya selepas perlancaran teman pili bomba di seksyen 10, Wangsa Maju oleh Ketua Pemuda Umno Wangsa Maju, Ismail Mohammad.

Balasupramaniam berkata, kajian mendapati sikap orang ramai yang mementingkan diri sendirimenyebabkan pili bomba tidak dijaga dengan rapi dan tidak hairanlah ada sampah sarap di dalam salurannya.

“ Sikap ini perlu diubah dan program gotong-royong membersihkan pili seperti dillakukan sekarang  harus berterusan dan dijadikan sebagai budaya hidup penduduk,”katanya.

 

Back to Home Page | Main Page


Copyright © MVFRA. All Rights Reserved.
Questions or comments?
Send email to