NEWS.....
ACE Taja Kempen Kebakaran Sifar

HARIAN METRO, April 3

ACE synergy Insurance Berhad, bukan sahaja memberi perlindugan insurans kepada pelanggan malah membantu mengurangkan kadar kebakaran di seluruh negara dengan menaja Kempen Kebakaran Sifar .

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Cliff Lee, berkata pada peringkat awal syarikat itu akan menaja kempen keselamatan kebakaran di rumah, di The SUmmut Subang USJ, di Subang Jaya, Ahad ini.

Kempen anjuran Persatuan Bomba Dan Penyelamat Sukarela Malaysia (MVFRA) itu turut memdapat kerjasama daripada Institut Jurutera Malaysia, yang bermatlamat membantu mengurangkan bilangan kebakaran rumah di negara ini.

"Kami berhasrat melengkapkan rakyat dengan pengetahuan keselamatan akibat kebakaran dan membantu mengurangkan bilangan kebakaran rumah di negara ini," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Syarikat itu bimbang dengan peningkatan kebakaran yang kebanyakannya berpunca daripada kebocoran tabung gas, kerosakan sambungan elektrik, serta kanak-kanak bermain mancis dan bunga api.

Lee berkata, kesan daripada kebakaran itu menyebabkan ramai rakyat negara ini kerugian harta benda yang bernilai berjuta ringgit dan ratusan orang kehilangan nyawa.

Back to Main Page | Home Page


Copyright © MVFRA. All Rights Reserved.
Questions or comments?
Send email to