MVFRA VISION - To Be The Leading Volunteer  Fire & Rescue Association in The Region


Demostrasi & Latihan Cegah Kebakaran
Di KG. Brunei 3
                     
- Zainal Arif Abdul Hamid

Baru-baru ini Rukun Tetangga (RT) Kg. Brunei Tiga Daerah Campbell, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan latihan dan demostrasi mencegah kebakaran di perkarangan Pusat RT tersebut.

Seramai lebih daripada 150 orang penduduk telah hadir bersama bagi menjayakan aktiviti ini. Menurut Pengerusi RT di situ Encik Huee Teng Hing, tujuan aktiviti ini diadakan ialah bagi mendedahkan penduduk kepada cara-cara mencegah kebakaran dan memberi pengetahuan tentang punca-punca berlakunya kebakaran dan tindakan yang boleh diambil oleh orang ramai. Selain itu ia juga dapat memupuk semangat kejiranan dan perpaduan di kalangan penduduk dengan adanya aktiviti yang berfaedah seperti ini.

Aktiviti ini juga turut melibatkan Pasukan Bomba Sukarela yang diketuai oleh Encik Bala yang telah menyampaikan modul-modul tentang pencegahan kebakaran.Seramai 10 ahli Pasukan Bomba Sukarela turut mengambil bahagian dalam demostrasi kebakaran yang diadakan.

Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Campbell, Encik Ramli Ngah dalam ucapannya turut mengalu-alukan langkah yang diambil oleh KRT Kg. Brunei Tiga ini dalam meningkatkan pengetahuan tentang langkah-langkah mencegah kebakaran. Menurut beliau lagi aktiviti seperti ini juga dapat meningkatkan hubungan sesama penduduk di kawasan berkenaan.                                       

 

Back to Home Page | Main Page


Copyright © MVFRA. All Rights Reserved.
Questions or comments?
Send email to