MVFRA VISION - To Be The Leading Volunteer  Fire & Rescue Association in The Region

 

JG terbesar daripada 12,000 botol air mineral dicipta
UTUSAN MALAYSIA ISNIN 16 OGOS,

KUALA LUMPUR 15 Ogos- Bahang sambutan ulang tahun ke-42 kemerdekaan negara terus terasa apabila Persatuan Bomba dan Penyelamat Sukarela Malaysia (MVFRA) hari ini berjaya menyiapkan pembinaan Jalur Gemilang (JG) terbesar yang diperbuat daripada botol-botol air mineral.

Bendera bersaiz 25.6 meter panjang serta 11.52 meter lebar itu menggunakan 12,000 botol air mineral terpakai dan dianggarkan seberat dua tan.

Kejayaan itu juga sekaligus membolehkan projek berkenaan dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records sebagai bendera terbesar  pernah dicipta oleh rakyat negara ini menggunakan botol plastik terpakai.

Pengerusinya, K.Balasupramaniam berkata, projek anjuran pihaknya dengan kerjasama Plaza Uncang Emas itu dimulakan sejak 29 Jun lalu menggunakan tenaga 115 sukarelawan terdiri daripada anggota MVFRA dan para pelajar Sekolah Menengah Taman Maluri di sini.

Menurut beliau, dalam proses menyiapkan bendera terbabit sebanyak 20,000 botol air mineral terpakai telah dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai selain yang dikutip sendiri oleh semua sukarelawan terlibat.

Bagaimanapun daripada keseluruhan botol yang dikumpulkan, hanya 12,000 botol bersaiz 1.5 mililiter yang sesuai digunakan.

“Setelah 45 hari bertungkus-lumus dengan bekerja tujuh jam sehari, akhirnya ia berjaya disiapkan walaupun pada peringkat awal kami merasakan projek ini akan gagal.

“Mungkin kejayaan ini hasil keyakinan sukarelawan terhadap slogan Malaysia Boleh,” katanya kepada Utusan ketika ditemui di sini hari ini.

Balasupramaniam berkata, sebanyak RM20,000 telah dibelanjakan untuk menyiapkan bendera berkenaan, hasil sumbangan syarikat pengurusan pusat membeli-belah terbabit.

Menurut beliau, idea membina bendera yang unik itu lahir setelah melihat semangat patriotisme di kalangan generasi muda kini semakin luntur.

Esok, Menteri Perdagangan Dalam Negeri  dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Megat Junib Megat Ayub akan merasmikan bendera berkenaan untuk tatapan umumdi pusat membeli-belah Plaza Uncang Emas

 

Back to Home Page | Main Page


Copyright © MVFRA. All Rights Reserved.
Questions or comments?
Send email to