Konsep sukarelawan bomba dirombak

PETALING JAYA, Isnin- Konsep pasukan sukarelawan bomba akan dirombak dan lebih banyak pasukan akan ditubuhkan sebagai strategi baru Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat(Jabatan Bomba) menangani kebakaran.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Ting Chew Peh, berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan timbalannya, Peter Chin Fah Kui, akan mengemukan cadangan berkenaan kepada kementerian tidak lama lagi.

Beliau berkata, jawatankuasa yang sudah bermesyuarat sebanyak dua kali sedang memikirkan pendekatan baru bagi mengalakkan orang ramai menyertai pasukan sukarelawan bomba yang kini berjumlah 230 di seluruh negara.

Menurutnya, analisis kebakaran di seluruh negara dari hingga tahun lalu mendapati dua kategori iaitu kebakaran bangunan dan hutan belukar perlukan perhatian serius kerana peningkatan kes yang berterusan.

“ Sebanyak 11,896 kes kebakaran bangunan dicatatkan dalam tempoh itu iaitu purata 2,379 kes setahun atau tujuh kes sehari manakala kebakaran belukar mencapai 31,285 kes iaitu 6,257 kes setahun atau 17 kes sehari.

“Berikutan itu , strategi Jabatan Bomba ialah menubuhkan lebih banyak pasukan sukarelawan bomba terutamanya di kawasan berisiko tinggi bagi mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai usaha mencegah dan melawan kebakaran,”katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau merasmikan sambutan memperingati Hari Bomba Peringkat Kebangsaan dan Balai Bomba Jalan Klang Lama di sini, hari ini. Hadir sama ialah Ketua Pengarah Jabatan Bomba, Datuk Soh Chai Hock dan Pengarah Jabatan Bomba Wilayah Persekutuan, Leonard A Athanasius.

Terdahulu, dalam ucapannya, Dr Ting berkata, Jabatan Bomba perlu mengkaji dan menilai semula Kempen Kebakaran Sifar yang ternyata tidak membantu mengurangkan kes kebakaran.

Katanya, jumlah korban kebakaran meningkat kepada 42 orang tahun lalu berbanding 32 orang pada manakala nilai kerugian harta meningkat kepada RM412.61 juta dari RM393.92 juta dalam tempoh yang sama.

 

Back to Home Page | Main Page


Copyright © MVFRA. All Rights Reserved.
Questions or comments?
Send email to