Profesional dipelawa sertai Persatuan Bomba Sukarela

KUALA LUMPUR 5 Mac- Golongan profesional diseru agar bergiat aktif dalam badan-badan sukarela termasuk Persatuan Bomba dan Penyelamat Sukarela sebagai sumbangan mereka kepada masyarakat.

Pengerusi Persatuan Bomba dan Penyelamat Sukarela Malaysia, K. Balasupramaniam, berkata pihaknya berharap menarik banyak penyertaan dari pelbagai kaum kerana pihaknya tidak menetapkan had umur.

Katanya, orang ramai yang berminat untuk menyertai persatuan itu boleh mendaftar di kaunter persatuan yang dibuka di Pasar Budaya di sini sehingga akhir bulan ini.

“Setakat ini persatuan memiliki 880 ahli dengan 25 peratus adalah wanita yang benar-benar aktif, walaupun bilangan yang mendaftar untuk menjadi ahli jauh lebih ramai,” katanya kepada pemberita di Pasar Budaya hari ini sempena pengambilan ahli baru.

Beliau menambah, pihak persatuan sedia melatih orang awam secara percuma mengenai teknik-teknik keselamatan dan kerja-kerja menyelamat.

Sementara itu, Balasupramaniam berharap kerajaan dan badan-badan korporat dapat menyumbangkan bantuan kewangan kepada persatuannya.

Beliau memberitahu, sempena pengambilan ahli baru itu, pihaknya turut mengadakan pameran mengenai aktiviti-aktiviti persatuan di Pasar Budaya.

 

Back to Home Page | Main Page


Copyright © MVFRA. All Rights Reserved.
Questions or comments?
Send email to